| Spa/Salon Kecantikan |
|
| Sunday, 21 June 2009 | |
|
Kecantikan, kejelitaan, kesihatan dan penampilan yang sempurna adalah idaman setiap wanita. Kami mahu anda kelihatan anggun jelita dan sihat serta ceria sepanjang masa. Kecantikan meliputi dalaman & luaran.
Setelah penat bekerja atau belajar, kita perlu menenangkan fikiran kita dengan mengunjungi spa. Kunjungilah spa sekurang-kurang sekali dalam sebulan. Dengan melakukan rawatan di spa kami, anda akan dibelai oleh kakitangan kami yang berpengalaman dengan alunan muzik yang mengasyikkan di mana sepanjang rawatan, fikiran anda akan merasa tenang & relax.
Kami menawarkan service dan pakej yang menarik untuk anda pada harga yang berpatutan. Rata-rata pelanggan kami mengatakan membuat rawatan di spa kami memang `value for money'. Semua golongan mampu ke spa kini. Hanya di spa kami yang menawarkan harga yang mampu untuk semua golongan. Konsep spa kami berkonsepkan moden kotemporari di tambah sedikit dengan unsur-unsur tradisional. Pelanggan bebas menukar pakej yang ditawarkan. Pelanggan juga boleh membuat pilihan, seperti sauna di mana pelanggan boleh memilih samada untuk membuat sauna herba atau sauna madu. Bagi pelanggan yang mempunyai masalah resdung yang serious, bolehlah mencuba sauna herba kami. Kami juga mempunyai herba untuk rawatan resdung. Disamping merawat resdung ianya juga menjaga kesihatan dalaman. Begitu juga dengan massage. Bagi pelanggan yang tidak suka dengan minyak herba mereka boleh memilih minyak aromatherapy atau minyak special blend (relaxing) atau minyak khusus untuk sakit urat/otot. Kami juga mempunyai minyak yang sesuai untuk mereka yang mempunyai selulit. Anda mesti mencuba urut di tempat kami dan pastinya anda akan puas hati. Untuk scrub pula, kami mempunyai 4 pilihan iaitu herba, susu, rose & lavender. Bagi pelanggan yang tidak gemar mandi bunga, mereka boleh memilih untuk mandi aura di mana fungsi kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Juga, istimewanya spa kami ialah kami ada Gold Facial 24k series di mana kesemua produk yang kami gunakan dari mula hingga ke akhir, kesemuanya adalah gold. Harganya juga amat berpatutan sekali. Gold facial mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Produk-produk yang kami gunakan pula adalah produk yang selamat, produk dari water-base dan dihasilkan dari makmal kulit. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia dan ianya selamat digunakan oleh semua golongan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Dijamin anda pasti puas hati dengan kesan & perubahannya.
Facial di spa kami juga telah menarik minat ramai pelanggan kami di mana rata-rata pelanggan menyukainya kerana mereka kata amat berbeza dengan facial di tempat lain. Produk yang kami gunakan juga telah menarik minat ramai pelanggan kami. Rawatan resdung ditempat kami juga berbeza dengan tempat lain. Bagi mereka yang belum mencubanya, silalah cuba & alami sendiri kelainan itu. Bagi menarik ramai lagi pelanggan, kami juga sering mengadakan promosi yang berbeza setiap bulan. Dengan cara begini kami yakin dapat menarik ramai minat pelanggan untuk berkunjung ke spa kami. Dengan hanya mengujungi spa kami, anda boleh buat apa saja yang anda mahu KECUALI rambut. Sila lihat di package element untuk mengetahui perkhidmatan yang terdapat di salon kecantikan kami atau dengan menelefon 03.4143.6951. Spa kami dibuka setiap hari termasuk cuti am dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Selepas waktu tersebut, pelanggan hendaklah membuat appointment. Kunjungi spa kami hari ini. Untuk keselesaan, sila telefon terlebih dahulu untuk membuat temujanji. Anda cuba dan nilaikan sendiri. Jadilah sebahagian dari pelanggan kami sekarang. Dengan menjadi pelanggan kami, anda akan dapat pelbagai keistimewaan. |
|
| Last Updated ( Saturday, 29 May 2010 ) |
| < Prev |
|---|
| Home |
| Perkhidmatan |
| eShoppe |
| Buletin |
| Twendeline |
| Contact Us |
| Links |
| Blog |
| Instant CMS Web |
| Demo website |
| Ciri ciri websegera |